Articles
Kawalan pencemaran
- Details
- Category: Sample Data-Articles
- Hits: 140
29. (1) Tiada seorang pun boleh melepaskan;-
(a) apa-apa bahan pencemaran ke dalam mana-mana badan perairan; atau
(b) apa-apa bahan pencemaran ke atas atau ke dalam tanah dalam keadaan yang mungkin menyebabkan apa-apa bahan pencemaran memasuki mana-mana badan perairan
Kecuali setakat yang diperuntukkan di bawah bahagian ini.
(2) Tiap-tiap orang dikehendaki untuk mengelakkan, memulihkan atau mengurangkan apa-apa kesan buruk pada persekitaran air yang timbul daripada apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh atau bagi pihak orang itu, sama ada aktiviti itu dibenarkan atau tidak, melalui lesen yang dibenarkan di bawah enakmen ini.
(3) Jika apa-apa pencemaran yang tidak wajar berlaku, pemegang lesen atau orang atau pemunya yang bertanggungjawab bagi aktiviti itu mesti memaklumkan Pengarah Sumber Air dengan segera dan dengan sendiri mengambil semua langkah yang munasabah untuk memulihkan dan mengurangkan kesan yang buruk itu ke atas alam sekitar.



