enarjamsptes

mail admin.lsan@kedah.gov.my call 04-774 4650 fax 04-774 4655     gpinfbtwiterig

isu air

ALOR SETAR: Sudah tiba masanya Kerajaan DAP Pulau Pinang berhenti menyalahkan Kedah sebaliknya bekerjasama dalam soal penyaluran sumber air mentah dari kawasan tadahan Ulu Muda, dekat sini.

EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim, berkata Pulau Pinang boleh membantu Kedah dengan menjalankan kajian serta membaik pulih Ampang Jajar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) (Skim Air  Ampang Jajar Sungai Muda) di Rantau Panjang.

Katanya, sejak dulu lagi Pulau Pinang gagal memberikan sebarang komitmen terhadap usaha terbabit sehingga mengakibatkan puluhan juta meter padu air dari Kedah terbazir setiap hari.

"Saya minta cukuplah Pulau Pinang membuat kenyataan yang menyentuh atau menyalahkan Kedah berhubung sumber air sedangkan kita tak pernah caj satu sen pun walaupun mereka mengambil sumber itu dari kawasan tadahan milik Kedah.

 "Kita berharap Pulau Pinang dapat bersama-sama membantu mengkaji semula keberkesanan keupayaan Ampang Jajar dari pelbagai segi.

"Ia termasuklah dari segi penetapan paras air serta integriti struktur Ampang Jajar PBAPP Rantau Panjang bagi mengelakkan isu pembaziran sumber air berulang untuk kepentingan bersama," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Warga Pendidik Daerah Padang Terap, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar yang mendedahkan mengenai pembalakan di kawasan Ulu Muda iaitu lokasi yang membekalkan sumber air mentah ke Pulau Pinang.