enarjamsptes

mail admin.lsan@kedah.gov.my call 04-774 4650 fax 04-774 4655     gpinfbtwiterig

 

tnhamri

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan Salam Muafakat Kedah

Terlebih dahulu saya mengambil  kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kakitangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah kerana berjaya melaksanakan semua tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan selama ini dengan begitu baik.

Kewujudan laman web ini merupakan satu lagi langkah pro aktif LSANK dalam usaha bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin penting dalam segala urusan harian masa kini.

Portal Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dapat dilaksana bagi memenuhi keperluan pengunjung yang melayari Laman Web Jabatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan program-program yang dijalankan.

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah terlibat memberi perkhidmatan dengan teras aktiviti di dalam pemuliharaan dan perlindungan kepada sumber air mentah di negeri ini. Perkhidmatan yang diberikan juga termasuk kepastian kualiti untuk memastikan penjagaan sumber air terpelihara dengan adanya skim pelesenan yang berkaitan dengan sumber air  serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan LSANK. Jabatan ini juga juga menyediakan perkhidmatan konsultansi dan bimbingan kepada bakal-bakal pengusaha aktiviti di perairan dan pengusaha yang telah pun berkecimpung di dalam bidang yang membabitkan aktiviti di perairan sama ada sungai atau lautan

Adalah diharapkan Laman Web Rasmi Jabatan ini dapat memberi kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan serta maklumat terkini berkenaan aktiviti jabatan. Pihak jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan supaya mencapai kualiti ditetapkan, dan kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara melalui kelestarian sumber air mentah yang berkekalan

Sekian,

Wabillah hitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

 

Mohd Hamri Bin Abidin, AMK., BCK

Pengarah

Lembaga Sumber Air Negeri
Kedah Darul Aman