enarjamsptes

mail admin.lsan@kedah.gov.my call 04-774 4650 fax 04-774 4655     gpinfbtwiterig

banner logomuafakat

Arrow
Arrow
Slider

BERITA

MAKLUMAT SEMASA

AWAN TAG

Your browser doesn't support this tag cloud

UNDIAN

Adakah perlu pihak LSANK mengadakan sesi pertemuan bersama pemohon setiap tahun?
  • Votes:
  • Votes:
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Paras Air Semasa

  • Paras Empangan Kedah 18 julai 2017
NO
DAM NAME
 NORMAL LEVEL
REAL TIME LEVEL
MAXIMUM LEVEL
RESERVOIR CAPACITY
PERCENTAGE %
1
PADANG SAGA
21.18
19.67
22.6
0.09
60.60
2
BERIS
84
83.92
86.4
118.87
98.97
3
PEDU
97.56
90.88
97.56
711.86
65.93
4
AHNING
113
104.19
113
182.68
66.38
5
MUDA
100.6
93.77
100.6
67.4
43.30

1.Mengapakah LSANK ditubuhkan?

Seksyen  4 (1)(2)

Suatu Lembaga Sumber Air hendaklah ditubuhkan. Lembaga adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh menyaman dan disaman diatas namanya, dan boleh membuat kontrak dan memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih, dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih dan harta tak alih atau apa-apa kepentingan di dalamnya yang terletak hak pada lembaga, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut.

 

 

2. Apakah fungsi LSANK?

Menurut Seksyen 6 Enakmen Sumber Air Negeri  Kedah 2008

a)     Untuk memastikan perlindungan kehidupan yang menyokong kapasiti air dan ekosistem, memaksimumkan faedah ekonomik, social dan alam sekitar mereka untuk generasi sekarang dan masa hadapan  dan mengelakkan apa-apa kesan yang buruk dalam penggunaan dan pembangunan sumber air;

b)    Untuk mengawal selia pemindahan air antara lembangan dalam negeri;

c)     Untuk mengalakkan dan memudahkan kerjasama dan penyelarasan antara agensi yang berlainan bagi penggunaan pelbagai fungsi sumber air;

d)    Untuk menyelaraskan cari gali dan pembangunan sumber air tambahan;

e)     Untuk membangunkan keupayaan dan kepakaran untuk bertindak sebagai tempat rujukan pusat bagi isu pengurusan sumber air bersepadu  dalam Negeri; dan

f)     Untuk  menasihati Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pengurusan dan pemindahan air antara Negeri.

 

 

3. Apakah definisi sungai, sumber sungai, badan perairan, air tanah dan air pinggir laut?

    Seksyen 3

·         Sungai ertinya mana-mana anak sungai, alur air semula jadi, atau apa-apa cawang sungai, sama ada semula jadi, diubah suai atau buatan, dan mana-mana kepungan di dalam air.

·         Sumber air ertinya termasuklah mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air.

·         Badan perairan ertinya sungai, tasik, kolam, wetland, air pinggir laut, air tanah dan badan perairan yang lain sama ada semula jadi atau buatan termasuk tebing dan lapisan atau mana-mana bahagian tersebut  atau persekitarannya.

·         Air tanah ertinya air subpermukaan yang terdapat dibawah permukaan tanih dan formasi geologi.

·         Air pinggir laut ertinya apa-apa bahagian laut yang bersebelahan dengan pinggir laut Negeri sebagaimana yang disifatkan oelh undang-undang membentuk perairan wilayah Negeri itu.

 

 

4. Berapakah bilangan sungai di Negeri Kedah yang di wartakan?

    Anggaran jumlah keseluruhan sungai yang terdapat di Negeri Kedah adalah 905

    Anggaran jumlah sungai yang telah diwartakan adalah 784 batang sungai

    Bilangan lembangan sungai negeri kedah 119 dan 4,416.144 km2

 

 

5. Apakah perbebezaan diantara Syarikat Air Darul Aman  (SADA) dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

SADA

LSANK

Membekalkan air terawat

Menguruskan sumber air  mentah dan lembangan sungai 

syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah

Ditubuhkan untuk memastikan sumber air lembangan sungai dan peraiaran pantai di negeri kedah terpelihara 


TERKINI DARI KAMI

Sepanjang tahun perkhidmatan ini pihak Lembaga Sumber Air Kedah telah berjaya memastikan sumber air mentah,lembangan sungai dan perairan pantai terpelihara dengan sebaik mungkin dengan memastikan pihak pengusaha dan peniaga memohon lesen dengan pihak LSAN
setakat ini kami berjaya mengeluarkan  :-

Notis Pemberitahuan Kesalahan

Lesen

Permohonan

Notis Am