English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Kereta_Berhias.jpeg
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png
  • Daerah_Tanah_1.png

KEDAH ULANGI PENDIRIAN TOLAK ICERD

ALOR SETAR 17 November - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah hari ini mengulangi pendirian menolak sebarang cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum (ICERD) di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya tidak berganjak daripada pendirian itu kerana keterbukaan kepada dasar-dasar luar dalam ICERD kelak dikhuatiri mengundang percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi sebab itu kita persoalkan apakah perlu sekarang ini menerima satu dasar dari luar negara yang mungkin akan membuka peluang kepada perkara-perkara lain yang akan merumitkan keadaan? Itu sebabnya kita (kerajaan negeri) buat keputusan untuk menolak ICERD," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang perkembangan terbaharu isu berkenaan apabila Kerajaan Persekutuan dilaporkan akan mengadakan sesi rundingan dan libat urus dengan pelbagai pihak bermula Januari tahun depan berhubung hasrat meratifikasi ICERD.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sebelum ini menegaskan, tiada keperluan untuk negara ini meratifikasi ICERD seperti yang dimahukan pihak tertentu kerana dasar sedia ada di Malaysia mewujudkan keadaan yang aman damai dan penolakan itu diulangi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Tambah Mukhriz, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh KerajaanKedah itu lengkap kerana tidak mendiskriminasi mana-mana pihak atau kaum di negara ini.

"Saya fikir kita serah kepada Kerajaan Persekutuan untuk meneliti dan memberi pandangan mengenai ICERD tetapi Kedah sudah pun nyatakan pendirian (tolak)," katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.