English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png
  • Kereta_Berhias.jpeg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • kedahmail.jpg

SUMBER PENDAPATAN BAHARU PETANI DI KEDAH

 

PENDANG 17 November - Projek tanaman pokok kelapa variati SGG merupakan salah satu usaha khas untuk melahirkan petani berminda usahawan. Presiden Nusa Global Heritage Network, Al Jeffery Ibrahim berkata ini adalah projek pertama yang diwujudkan di Kedah. Katanya, projek ini dilaksana bagi membolehkan petani yang tidak mempunyai pendapatan lain meningkatkan ekonomi hidup mereka. "Sebanyak 200 benih pokok kelapa variati SGG diperuntukkan buat kali pertama untuk beberapa Dun sekitar Kedah. "Antara Dun yang terlibat ialah Sungai Limau; Tokai; Sungai Tiang; Belantik; Jeneri dan Kupang," katanya.

Menurut Al Jeffery, ini adalah peringkat permulaan dan petani perlu menunggu selama 24 bulan untuk melihat hasil. "Insya-ALLAH hasil yang pertama ini kita akan jadikan sebagai anak benih bagi membolehkan ramai petani menceburi tanaman ini. "Kita yakin pendapatan sampingan ini mampu membantu petani menjana pendapatan lumayan memandangkan permintaan kepada kelapa sangat tinggi," katanya. Menurutnya, petani perlu bijak mengawal masa depan mereka tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak lain terutama kerajaan. Tambah Al Jeffery, sekiranya ada permintaan daripada petani pihaknya akan membekalkan benih secara percuma kepada mereka yang layak. "Kita akan berikan kepada petani yang susah, yang mana kalau menoreh pun dia hanya ambil upah daripada pokok orang," katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.