English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Daerah_Tanah_1.png
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • MESYUARAT-BAJET-2019.jpg
  • KedahApps.png

USAHA PULIHARA EKOSISTEM PULAU SONGSONG

 

YAN 4 November 2018 - Seramai 40 mahasiswa telah menjalankan program Kembara Kelestarian Kehidupan Marin di Pulau Songsong, di sini.

Program itu melibatkan mahasiswa tahun akhir kursus Bina Insan Guru, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dari Universiti Teknologi Malaysia UiTM).

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Shahrin Hashim berkata, program ini turut dijalankan dengan kerjasama Komuniti Bot Songsong (KBS) yang berpengkalan di Jeti Kuala Sungai Udang.

Katanya, objektif program adalah untuk membantu memberi kesedaran orang ramai menjaga persekitaran pulau dan aktiviti memuliharaan kelangsungan keunikan pulau seperti terumbu karang yang indah dan kebersihan pantai.

"Di samping itu mahasiswa turut bekerjasama membina fasiliti asas seperti tandas dan tempat mandi serta papan info tentang kepentingan kehidupan marin kepada pengunjung pulau tersebut," katanya.

Menurut Shahrin peserta juga turut membuat pemerhatian terhadap kelestarian persekitaran marin dan mendalami permasalahannya bagi melatih pembentukkan jati diri sebagai seorang bakal guru.

"Saya amat berharap program yang dijalankan ini dapat memupuk kesedaran kepada mahasiswa mengenai tugas mendidik dan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga ekosistem marin terutamanya terumbu karang yang merupakan khazanah bernilai negara untuk warisan generasi akan datang," katanya.

Menurutnya, penambahbaikan dari segi fasiliti pulau dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung dan memberi keselesaan kepada mereka untuk datang menikmati keindahan Pulau Songsong.

"Peserta juga turut terlibat dengan aktiviti pemasangan tiga buah tukun tiruan bagi tujuan pembenihan terumbu karang.

"Pelampung buoyant juga turut dipasang untuk membuat penandaan kawasan penjagaan terumbu karang," katanya

Shahrin berkata, tukun tiruan dan pelampung tersebut direka cipta oleh inovasi dari mahasiswa sendiri dengan bimbingan pihak Komuniti Bot Songsong serta penyelam yang berpengkalan di pulau-pulau sekitar.

"Mahasiswa turut berkerjasama dengan pihak Komuniti Bot Songsong untuk meningkatkan infrastruktur pulau antaranya pemasangan lampu solar dan pembaikan kawasan perigi untuk kemudahan pengunjung yang datang berkhemah.

"Program sebegini yang menggunakan pendekatan 'service learning' dapat membuktikan mahasiswa universiti awam mampu melakukan perubahan, pembangunan dan aktiviti pendidikan kesedaran di Pulau Songsong yang mula menggamit perhatian pengunjung setelah tular di media sosial," katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.