English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • waktubekerja.png
  • kedahmail.jpg
  • MESYUARAT-BAJET-2019.jpg
  • KedahApps.png
  • Daerah_Tanah_1.png

'BANDAR BELIA' LAHIRKAN RAMAI USAHAWAN BELIA

 

 

LANGKAWI 3 November 2018 - Kerajaan Kedah bercadang memulakan 'Bandar Belia' di daerah terpilih sebagai strategi pembangunan bagi memudahkan golongan ini untuk memulakan perniagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemudahan bersepadu dan mudah diakses akan disediakan di daerah berkenaan dengan harapan lebih ramai belia akan berjaya dalam perniagaan yang dijalankan.

"Pada masa sama (strategi ini) akan membuka jalan untuk mewujudkan masyarakat yang berdikari secara ekonomi dan tidak bergantung kepada sumbangan kerajaan untuk maju," katanya berucap pada pelancaran awal Perniagaan Dunia Islam ke-9 2019 (9th Muslim World Biz 2019) dan penyampaian mengenai Anugerah Pembangunan Usahawan Dunia Islam 2018 (Muslim World Entrepreneur Development Awards) (MWEDA) 2018 di sini, malam ini.

Ucapannya dibacakan Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan, Mohd Firdaus Ahmad.

Mukhriz berkata, memperkasakan usahawan, terutama dalam kalangan belia, melalui pelbagai program dan inisiatif adalah sebahagian ikrar kerajaan baharu bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk negeri ini.

Katanya, jenis sokongan yang diberikan kepada usahawan muda perlu dipelbagaikan bagi membolehkan mereka mengatasi sebarang cabaran dalam membina perniagaan.

Selain penyelesaian kewangan, katanya mereka juga memerlukan bantuan dalam pembinaan kapasiti, tunjuk ajar pengurusan dan sokongan moral yang boleh berikan oleh kerajaan tempatan, institusi pendidikan serta konglomerat perniagaan.

"Satu mekanisme penting untuk menyokong keusahawanan dan meningkatkan kemajuan mereka adalah dengan mengiktiraf sumbangan mereka dan memberikan ganjaran terhadap prestasi mereka," katanya.

Mukhriz berkata, acara seperti Perniagaan Dunia Islam adalah penting sebagai landasan untuk membincangkan isu pertumbuhan ekonomi tempatan dan antarabangsa dengan usahawan memainkan peranan utama terhadap perkembangan ini.

"Ia adalah platform yang hebat yang mengandungi aktiviti bersepadu menghubungkan pelbagai pertubuhan dan untuk menyampaikan pengetahuan serta pengalaman kepada beberapa rangkaian profesional.

Pelancaran malam ini adalah sebagai pengenalan kepada Perniagaan Dunia Islam ke-9 2019 yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 April tahun depan.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.