English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • MESYUARAT-BAJET-2019.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png

SBEZ MAMPU BERI PULANGAN CEPAT

 

ALOR SETAR 4 November 2018 - Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam diyakini akan memberi pulangan hasil kepada negeri dalam tempoh cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, peruntukan sebanyak RM25 juta khusus untuk SBEZ seperti diumumkan pada Belanjawan 2019, adalah atas usaha negeri yang membuat permohonan menerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Menurutnya, projek itu yang dibangunkan di sempadan Thailand amat bersesuaian untuk pengendalian kontena, yang seterusnya menyumbang kepada pendapatan negeri.

"Peruntukan itu kita mohon untuk depoh lori kontena dan kerajaan negeri berterima kasih atas kelulusan itu. Kalau kita usahakan seperti dirancang, saya yakin ia boleh sumbang kepada hasil negeri," katanya, selepas Majlis Perasmian Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018, bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini.

Mengulas pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak disenaraikan dalam Bajet 2019, Mukhriz percaya ia masih boleh diusahakan melalui kaedah kewangan alternatif.

"Kami faham kekangan kewangan dihadapi kerajaan Pusat, yang warisi keadaan kewangan yang meruncing. Bukanlah harapan kami untuk dapat kelulusan peruntukan itu, namun saya yakin Pusat tak halang kerajaan negeri untuk teruskan usaha," katanya.

Menurutnya, pihaknya yakin keputusan yang positif akan dicapai kelak setelah pihaknya membuat permohonan semula kepada Perdana Menteri.

Sementara, Mukhriz turut berminat dengan pembangungan pelancongan dan percaya agihan 50 peratus kutipan cukai pelancongan oleh kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri akan merancakkan sektor itu.

"Keputusan berkongsi kutipan cukai pelancongan 50-50 akan digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk promosi, agar hasil daripada manfaat itu akan melonjakkan pendapatan kedua-dua pihak," katanya.

Mengulas tiada bantuan peruntukan khas kepada pesawah, katanya, golongan itu akan menerima manfaat secara menyeluruh bawah peruntukan lain.

"Tiada dana khusus, tetapi ia diagih menyeluruh bawah beberapa kementerian seperti Pertanian, Pendidikan, Usahawan dan Kesihatan. Dana pembangnan dari kementerian itu akan sampai ke Kedah juga untuk golongan bawah kategori B40," katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.