English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • MESYUARAT-BAJET-2019.jpg
  • waktubekerja.png
  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png

AMBIL TINDAKAN TERHADAP FERI BERMASALAH: MUKHRIZ

ALOR SETAR, 27 Oktober – Kementerian Pengangkutan diminta mengambil tindakan untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat feri terus beroperasi sekiranya feri milik syarikat terbabit mengalami masalah yang berulang.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kejadian feri terkandas boleh berlaku atas dua sebab iaitu apabila keadaan muara sungai yang cetek dan keadaan feri yang tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan ia rosak dan terkandas.

"Saya hendak ingatkan mana-mana syarikat feri yang beroperasi untuk memandang serius dalam aspek penyelenggaraan ini kerana kita tidak mahu perkara seperti itu (bot terkandas disebabkan rosak) berulang lagi. Walaupun hanya terkandas, ia masih tidak menepati piawaian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian di mana 25 penumpang feri dan sembilan kru terkandas kira-kira tujuh jam selepas feri yang mereka naiki dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah mengalami kerosakan enjin petang, semalam.

Dalam kejadian tersebut Feri yang bertolak daripada Langkawi pukul 2.30 petang dan dijadual tiba di Terminal Feri Kuala Kedah di sini kira-kira pukul 4 petang mengalami kerosakan pada enjinnya kira-kira pukul 3.30 petang.

Terdahulu, Mukhriz yang menghadiri AOR Festival di Dataran Balai Besar, di sini berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa ruang niaga untuk dijadikan 'Youth Town' iaitu kawasan perniagaan bagi peniaga muda.

"Memang hasrat kerajaan negeri untuk tubuhkan 'Youth Town' ini di setiap daerah tetapi buat masa sekarang kita lihat kawasan bandar seperti Alor Setar yang dapat sambutan baik. Kita hendak sediakan kawasan perniagaan kepada golongan muda untuk pasarkan produk mereka sendiri," katanya. - Bernama

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.