English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Daerah_Tanah_1.png
  • kedahmail.jpg
  • KedahApps.png
  • MESYUARAT-BAJET-2019.jpg
  • waktubekerja.png

ANUGERAH PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM 2018

 

Bersempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke-23 yang telah diadakan pada 9 & 10 Oktober 2018 bertempat di Auditorium Aras 4, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Pejabat SUK Kedah telah menerima pengikhtirafan sebagai pemenang Anugerah Organisasi Terbaik Pementoran Perkhidmatan Awam 2018 yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Borhan Bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada YB Dato' Paduka Haji Bakar Bin Din, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Di samping itu, Pejabat SUK Kedah juga turut menerima Anugerah Pasangan Mentor Menti Terbaik Perkhidmatan Awam 2018 yang melibatkan mentor En Abdul Malik Bin Abd. Aziz dan menti En. Mohd Fatin Bin Ibrahim Penghulu, Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi pada persidangan tersebut.

Kejayaan secara berganda ini membuktikan Pejabat SUK Kedah berada sebaris dengan kementerian/agensi kerajaan dalam pelaksanaan Program Pementoran Perkhidmatan Awam. Persidangan tersebut melibatkan penyertaan pegawai psikologi di peringkat kementerian, agensi dan Pejabat SUK serta ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang dianggarkan kehadiran seramai 600 orang. Tema bagi persidangan tersebut adalah #sejahterapsikologi.

Sumber : Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat SUK Kedah

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.