English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • waktubekerja.png
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png
  • Majlis-Yasin-Pertabalan.png
  • kedahmail.jpg
  • WhatsApp-Image-2018-09-19-at-12.20.42-PM.jpeg

LIMA ACARA UTAMA SEMPENA PERTABALAN SULTAN KEDAH

ALOR SETAR 5 September - Istiadat pertabalan Sultan Kedah yang ke-29, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang bakal diadakan pada 22 Oktober depan bakal mencatatkan sejarah bagi rakyat negeri ini kerana ia diadakan selepas 59 tahun.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu taklimat kepada media di sini hari ini memaklumkan, sebanyak lima acara utama disusun sempena pertabalan Sultan Kedah itu bermula 20 September ini.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Isahak Murat, acara bermula dengan Istiadat Meletak Kerja di Balai Besar pada 20 September, Istiadat Ziarah Makam di Makam Diraja Langgar (5 Oktober), Istiadat Siram Tabal di Istana Anak Bukit (14 Oktober), Istiadat Perbarisan dan Perarakan di Dataran Balai Besar (20 Oktober) dan disusuli Istiadat Pertabalan di Istana Anak Bukit pada 22 Oktober.

"Istiadat ini bakal mencatatkan sejarah untuk rakyat Kedah kerana kali terakhir diadakan adalah pada 1959.

"Pelbagai acara sempena pertabalan Sultan Kedah diadakan termasuk istiadat perarakan dan perbarisan yang bermula di hadapan Dataran Wisma Darul Aman sehingga ke Dataran Medan Bandar," katanya di sini hari ini.

Katanya, acara perarakan itu menyaksikan komponen terdiri daripada Bahtera Diraja, Perarakan Bergajah, Pasukan Unit Berkuda dan pasukan keselamatan.

Kata beliau, Istiadat Pertabalan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit dengan kehadiran kerabat diraja danpemimpin kerajaan.

Beliau turut memaklumkan, tiada acara penganugerahan darjah kebesaran atau pingat sempena istiadat pertabalan tersebut.

Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada September tahun lepas mengantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat pada 11 September.

Pertabalan Sultan Kedah terakhir berlangsung pada Jumaat 20 Februari 1959 menyaksikan Almarhum Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 mengantikan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.