English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Kereta_Berhias.jpeg
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png
  • kedahmail.jpg
  • Daerah_Tanah_1.png

TEKSI ELEKTRIK DI LANGKAWI

LANGKAWI 5 September - Pejabat Daerah Langkawi mengorak langkah penting dalam usaha untuk membawa pulau pelancongan ini ke arah menjadi pulau rendah karbon dengan memperkenalkan teksi janaan elektrik pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa (Lima) tahun depan.

Pegawai Daerah Langkawi Muhammad Arof Darus berkata, langkah itu bakal menjadi kenyataan menerusi peruntukan yang diluluskan kerajaan pada tahun lepas dan mereka kini meminta persatuan teksi tempatan untuk mengemukakan cadangan calon pemandu kenderaan itu.

"Menerusi peruntukan ini, subsidi akan diberi kepada pengusaha teksi terpilih untuk membeli kereta elektrik yang akan digunakan bagi perkhidmatan itu," katanya selepas merasmikan kursus perladangan organik anjuran Frangipani Langkawi Resort and Spa di sini.

Beliau berkata sebagai satu lagi usaha di bawah inisiatif karbon rendah, 10 stesen pengecas turut dirancang untuk dibina berhampiran pusat pelancongan dan kawasan kediaman di sekitar Langkawi.

"Kami akan turut mempermudahkan E-Idaman (syarikat pengurusan sisa buangan milik kerajaan negeri) supaya lebih banyak tong pengasingan sampah ditempatkan di pulau ini untuk menggalakkan amalan mengasingkan sampah," katanya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.