English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Daerah_Tanah_1.png
  • WhatsApp-Image-2018-09-19-at-12.20.42-PM.jpeg
  • KedahApps.png
  • Majlis-Yasin-Pertabalan.png
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png

TANGGUH PEMBINAAN - MUKHRIZ

ALOR SETAR 29 Ogos - Kerajaan Kedah mengesahkan pembinaan Hospital Pendang antara projek yang ditangguhkan kerajaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pembinaan tersebut ditangguhkan susulan pekeliling kerajaan yang meminta mana-mana projek pembinaan yang kemajuannya kurang daripada 15 peratus dihentikan sementara waktu.

Kata beliau, pihaknya bagaimanapun akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi supaya kerja-kerja pembinaan Hospital Pendang dapat dimulakan segera.

"Semasa menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di Putrajaya semalam, saya meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula beberapa projek (ditangguh) yang dirasakan penting di Kedah.

"Antaranya, projek (pembinaan) Hospital Pendang, loji rawatan air, jalan serta masjid," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Mukhriz memberitahu, terdapat puluhan projek Kerajaan Pusat di negeri ini yang berada dalam senarai penangguhan namun pihaknya akan menyenaraikannya mengikut keutamaan untuk perhatian kerajaan.

"Kerajaan negeri akan berhubung dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk memaklum kepada kerajaan projek-projek mana yang penting dan perlu dilaksanakan di Kedah.

"Kita harap kebanyakan projek akan dapat diteruskan namun bagaimanapun, kita faham bajet Kerajaan Pusat adalah terhad untuk mengurangkan hutang negara dengan mengawal perbelanjaan selain berusaha meningkatkan pendapatan (negara)," ujarnya.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.