English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • kedahmail.jpg
  • WhatsApp-Image-2018-09-19-at-12.20.42-PM.jpeg
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png
  • Majlis-Yasin-Pertabalan.png
  • waktubekerja.png

PEMASYHURAN SULTANAH KEDAH 30 APRIL

ALOR SETAR 23 April 2018 – Istiadat Pemasyhuran Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff akan dilangsungkan pada 30 April ini di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini.

Istiadat itu merupakan sebahagian daripada acara awal yang diatur sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah, yang dijangka berlangsung pada 22 Oktober ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din berkata, orang ramai boleh menyaksikan istiadat berkenaan melalui siaran langsung di saluran TV1 dan radio Kedah FM bermula jam 10.30 pagi.

"Warkah pemasyhuran berkenaan akan dibacakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disusuli tembakan meriam sebanyak 21 das sebagai simbolik kepada istiadat tersebut," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Sultanah Maliha, yang merupakan kerabat diraja Kelantan, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan dikurniakan dua putera iaitu Datuk Tengku Sarafudin Badlishah dan Datuk Tunku Shazuddin Ariff. - Bernama

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.