English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Mesyuarat_Kedua_2018.jpg
  • kedahmail.jpg
  • waktubekerja.png
  • Daerah_Tanah_1.png
  • KedahApps.png

MINDA RAPAT JURANG DIGITAL MASYARAKAT BANDAR, LUAR BANDAR

 

KULIM 22 April – Ribuan pengunjung membanjiri Dataran Kulim untuk mendapat pendedahan tentang teknologi komunikasi selain menambah pengetahuan dan merebut peluang ekonomi digital melalui program Menghubung dan Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA).

Program selama tiga hari anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) itu bermatlamatkan meng­hubung rakyat dan membina masyarakat bermaklumat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor berkata, program berkenaan adalah usaha pihaknya untuk membantu me­rapatkan jurang jaringan te­lekomunikasi antara masyarakat bandar dan luar bandar.

"Program berjiwa rakyat me­lalui pendekatan 'menghubung dan menyatu' ini mengandungi dua elemen penting iaitu mendigitalkan dan merakyatkan penyam­paian perkhidmatan komunikasi.

"Di bawah konsep mendigitalkan ini, kerajaan akan memba­ngunkan infrastruktur yang akan memanfaatkan rakyat seperti menara telekomunikasi dan ca­paian Internet lebih tinggi melalui kolaborasi bersama pihak seperti Telekom Malaysia (TM)," katanya di sini kelmarin.

Tambahnya, melalui kemudahan ini rakyat akan mendapat manfaat daripada penyam­paian perkhidmatan dalam talian di samping dapat memperluas peng­gunaan aplikasi merangkumi e-Kerajaan, e-Usahawan, e-Rezeki, e-Kesihatan dan e-Pendidikan.

"Melalui pendekatan merak­yatkan pula, gabungan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak swasta yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar diyakini mampu menjadikan rakyat celik teknologi maklumat (IT).

"Ini juga akan membolehkan rakyat menganalisa, memproses permasalahan serta pantas memperoleh dan menyebar maklumat melalui perkongsian media sosial," katanya.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Tinggi negeri, Datuk Norsabrina Mohd. Noor.

Menurut Mohd. Ali, orang ra­mai boleh mendapat maklumat segera kerana program itu diser­tai oleh 26 pempamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, pengeluar dan pengedar perkakasan dan perisian digital serta agensi kerajaan terbabit.

Katanya, selain aktiviti pame­ran turut diadakan sepanjang program berlangsung ialah bengkel, latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), permainan dan pertan­dingan dalam talian ke arah membentuk masyarakat celik ICT.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.