English Arabic Chinese (Simplified) Indonesian Malay

 

  • Daerah_Tanah_1.png
  • waktubekerja.png
  • KedahApps.png
  • Majlis-Yasin-Pertabalan.png
  • kedahmail.jpg
  • WhatsApp-Image-2018-09-19-at-12.20.42-PM.jpeg

JKM BANTU MANGSA KEBAKARAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling tampil membantu dua keluarga yang terlibat kebakaran di Kampung Kuala Temekah pada 29 Mac lalu.

Pegawainya, Shamsul Izrin Isahak berkata, JKM menyampaikan tabung bantuan segera (TBS) dan kit bencana merangkumi tikar, tilam, pakaian dan minuman kepada keluarga berkenaan. Menurutnya, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, kebakaran melibatkan dua rumah terletak bersebelahan.

"Keluarga pertama yang terlibat ialah keluarga tiga beranak yang terbakar 100 peratus dan kini mereka hanya tinggal sehelai sepinggang. "Bagi keluarga kedua, kebakaran melibatkan 40 peratus," katanya.Terdahulu, Shamsul menziarahi keluarga berkenaan bagi memberikan sokongan moral.

Menurutnya, dua keluarga itu kini tinggal di rumah saudara buat sementara waktu. "JKM juga ingin menyampaikan penghargaan kepada masyarakat setempat yang membantu keluarga ini. "Tindakan pantas pihak bomba juga membantu kebakaran tidak merebak ke rumah lain," katanya. Sumbangan kit bencana dan kotak Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) turut disampaikan Penyelaras Dun Kuala Ketil, Datuk Khairul Azhar Abdullah.

UP

| Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman |

Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.